SHAH ALAM: Dua anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) disiasat berhubung aduan penyelewengan baucar program 'Jom Shopping' yang diperkenalkan kerajaan PKR Selangor, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, seorang daripada mereka digantung keanggotaan dalam parti sementara siasatan dijalankan.
Saifuddin berkata, tindakan itu diambil setelah menerima maklum bahawa kerajaan Selangor sedang menyiasat satu aduan berhubung dakwaan penyelewengan baucar program 'Jom Shopping' yang melibatkan dua anggota parti itu.
"PKR memandang serius akan perkara ini dan melalui mesyuarat Biro Politik pada Rabu, 13 Jun 2012, telah meminta Jawatankuasa Disiplin parti untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk mengeluarkan surat tunjuk sebab," kata beliau dalam satu kenyataan, Jumaat.
Saifuddin berkata, PKR tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota yang melakukan kesalahan disiplin lebih-lebih lagi kesalahan yang mencemarkan maruah dan nama baik parti.
Kerajaan negeri Selangor menawarkan baucar beli-belah bernilai RM100 kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri ini sempena program 'Jom Shopping' yang diperkenalkan pada 15 Julai tahun lepas.
Sebanyak RM10 juta diperuntuk untuk program ini melalui keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika diminta mengulas perkara itu mengakui bahawa ada segelintir pihak yang menyalahgunakan baucar beli-belah berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan negeri hanya mengenal pasti lima ataupun enam kes seumpama itu.
"Walaupun hanya lima ataupun enam individu terlibat, kerajaan negeri tidak memandang remeh perkara ini dan akan menyerahkan kepada pihak audit (negeri) untuk mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program khas bersama rakyat daerah Klang di Kampung Batu 4, Kapar.
Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri mempunyai sistem pangkalan data rapi yang menyimpan senarai nama warga emas yang layak mendapat baucar itu.
Katanya, setakat ini sejumlah RM8 juta dibelanjakan untuk program itu dan hanya sekitar RM6,000 yang diragui perbelanjaannya. - BERNAMA
saipudin dakwa hanya 2 orang sedang di siasat..khalid plak dakwa ada 5 atau 6 ahli yang terlibat menyeleweng..lagi 4, 5 orang tu dah lepas? alaa biasak lerr..dewataraya anuwar pandikutti punye kes seleweng berjota2 pun tak larat nak layan apetah lagi setakat RM100 huhuhu..kalau matput tau sure dia terjun botol kat sungai klang saat ni jugak!! kehkehkeh

5 comments:
KETUA UMUM PKR RAJA SEGALA PENYAMUN BAIK DALAM UMNO DAN SKUNK DALAM PAKATAN WUARGHKAKAKAKAKA....
Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
Hoi hoi ya hoi hoi hoi ya hoi
Hoi ya hoi ya hoi ya hoi
hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berjuta intan permata
Mari kita lekas ke gua
bawa harta semua
janganlah tunggu lama2
simpan lah segera
hoi hoi ya hoi
Kita semua gembira hoi hoi ya
pulang dapat harta
Uang berjuta intan permata
Uang berjuta intan permata
Uang berjuta intan permata
khalid baba kena lepuk
Bukan seleweng la... itu namanya TAK MEMBAZIR, warga emas tak pakai, mereka ambik la kupon tu.... senarai nama tetap dipotong juga.
Kepala otak PKR memang BIJAK, inilah yang dikatakan kepimpinan demokerusi ala Fuckatan....!!!!
mat put WAJIB terjun pasal pkr dah malukan pas kikikiki
Yang kecik-kecik tu nampak la yang besaq2 tak nampak.
Post a Comment