Followers

Thursday, April 26, 2012

Omegay: Sawan Nizar Setanirrajim datang lagi >XD

Tuduhan Nizar tidak berasas, berbaur hasutan - ATM

KUALA LUMPUR 26 April - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hari ini menyifatkan tuduhan tidak berasas anggota pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengaitkan ATM dan Perdana Menteri dalam soal pilihan raya umum pada satu ceramahnya di Perak baru-baru ini berbaur hasutan.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin dalam satu sidang media di sini hari ini berkata, seluruh warga ATM kecewa dengan tuduhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu kerana ia bermotif untuk menjejaskan kredibiliti dan imej Perdana Menteri serta ATM.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya pada malam Isnin lepas dilaporkan mendakwa perdana menteri mengadakan pertemuan dengan semua panglima angkatan tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Zulkefli berkata kenyataan berbaur politik dan hasutan sedemikian boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat serta menjejaskan keselamatan negara.

"Dewasa ini wujud banyak pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan yang sentiasa berusaha untuk meracuni pemikiran rakyat bertujuan bagi menghakis keyakinan masyarakat terhadap ATM dan kerajaan memerintah pimpinan BN serta tidak terkecuali individu tertentu dalam usaha melindungi politik mereka," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohammed Noordin Ali.

Zulkefli berkata ekoran tuduhan tersebut, ATM akan membuat laporan polis agar siasatan dapat dilaksanakan bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan tersebut.

"Justeru, semua pihak diseru jangan sesekali terpengaruh dengan tohmahan pihak berkaitan kerana ATM sentiasa mendukung perlembagaan dan bersikap profesional," katanya. - BERNAMA

10 comments:

Anonymous said...

nizar bukan makin cerdik. makin BANGANGGGGGG....!!!!!!!

Anonymous said...

bagus lah dia buat hal lagi. bertambah lagi lah dia punya 'portfolio bahlol'. boleh jadi ahli sewel dekat tanjung rambutan kaH kaH kaH kaH

Anonymous said...

SAMAN JERK. BIAR PADAN MUKA DIA..

AbgTuah said...
This comment has been removed by the author.
AbgTuah said...

KAH..KAH..KAH...

FIRST CLASS...FIRST CLASS PUNYA KARIKATOR SATIRA. SI NIJAR MABOK TU PUN LEH PENGSAN TENGOK..

Anonymous said...

biar dia melatah dulu..
rakyat dok perati jew gelagat dia yang sewel tue kikikiki

Anonymous said...

Kalau ada laporan polis dibuat KDN macam mana ? Beribu laporan polis membantah BERSHIT 2 berapa ramai yang dah didakwa ?

Anonymous said...

wuakakakakaka gambar lu buat cukup klasik. nizar mesti teringat masa baby. kecik kecik tak mampus kena picit. dah besar menyusahkan orang

Anonymous said...

nizar meroyan lagi??...keciannn alo lo loo..puii ekekekeke

anti bohmau said...

Dimensi,

dah ternyata nizar menfitnah PM & ATM, bukti pun dah ada, laporkn saja kpd pihak berkuasa biar dia kena dakwa..biar bertanggungjawab skit sblm berkata..